Dragon Force (Malaysia)

Group Tempur DragonForce & Rilekscrew

Monthly Archives: March 2012

MyDefacer Kena HACK !

Image Assalamualikum kepada semua penyokong MyDragonforce . Mungkin ada yang tertanya di mana MyDefacer.tk yang asal kan ?? HAHA sebenarnya itu semua troll jea . Kami bukan di HACK tetapi kami telah menukarkan domain kami dari mydefacer.tk kepada http://mydefacer.df.my/ . Jadi Kepada semua pembaca mydefacer , kini anda boleh mengakses ke laman MyDefacer melalui domain baru kami itu .. Ini adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pihak MyDF Network ..

Kepada semua penyokong MyDefacer , sila ke http://mydefacer.df.my/ untuk mendapatkan informasi yang terkini seperti biasa .. Terima Kasih atas sokongan anda ..

Advertisements

Danny Phantom meroyan tak tentu pasal

Quote from PHC

Mengapa CyberSecurity Malaysia dijadikan sasaran ?
“Kerana CyberSecurity Malaysia tidak melakukan sebarang tindakan walaupun banyak perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah umat Islam di internet. Selamatkah internet jika begitu ?..

kenyataan paling LOLSEC daripada geng

paling bagang.. abistu ko pg spam pic lucah tu bagus sgt ka?? ni dok pung pang pung pang..

kami p wujudkan Dragonforce ni sbb nk kumpulkan Belia malaysia dan nk bgtau bertapa pengtingnya keselamatan dalam talian. ingin menjadi cyber tester..

bukan nk jadi SAMSENG CYBER..

lg satu kenyataan bingai dari geng danny phantom

Buktinya, Dragon Force yang kononnya tidak mahu menjadi pengkhianat negara di dalam kenyataan mereka itu pernah disiarkan di akhbar Kosmo! kerana menggodam laman web kerajaan atas alasan mahukan kebebasan berinternet.

Ops Cyber Security di jalankan untuk membuka mata pihak-pihak yang berwajib sepertimana Dragon Force melakukan aktiviti penggodaman terhadap laman kerajaan kerana memprotes kerajaan menghalang kebebasan berinternet.

woi.. kami p attack dlu sbb inginkan KEBEBASAN internet.. bukan untuk kami ja. tapi utk SELURUH MALAYSIA! dah lah rakyat malaysia ni miskin.. minyak naik seposen dan kecoh.. mana mampu beli windows rega rm200, anti virus RM99, adobe photoshop rega beribu2.. boleh pg check 1 malaysia ni, berapa ketul je org beli windows ori..

nah jom masuk group sini kalo mau cakap byk —> https://www.facebook.com/groups/gaduh/

 

nah ni link blog  http://www.phantomcrews.com/.. mls nk amik screen shot..

-wak-

Dragonforce Tidak Campur Tangan

Assalamualaikum kepada semua penyokong Dragonforce Malaysia. Untuk makluman anda semua , Dragonforce Malaysia tidak campur tangan dalam misi untuk melumpuhkan page CyberSecurity Malaysia . Ini adalah satu tindakan yang kurang bijak untuk rakyat Malaysia sendiri melumpuhkan / menentang kerajaan Malaysia . Cara memuatnaik gambar tidak senonoh ke dalam page CSM dan membuat satu laporan kepada pihak FB adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia . Kita mempunyai peribadi yang mulia dan mempunyai agama yang suci , mengapa kita harus berbuat sedemikian ??

Jika di malaysia ini tiada mereka , jadi di mana aduan seharusnya dilakukan jika terdapat jenayah siber di Malaysia ini . CSM berperanan untuk menjaga keselamatan siber Malaysia dan mereka bertindak mengikut maklumat yang mereka perolehi dan bertindak dengan mamatuhi syarat-syarat CSM itu sendiri .

Kita tidak boleh memandang remeh kepada CSM di sebabkan kelemahan mereka , tetapi kita seharusnya menyokong CSM  dengan tujuan memberi kepercayaan kepada mereka untuk menutup kelemahan mereka . CSM kita hebat !!! Jadi sokonglah kerajaan yang sedang membangun ini untuk terus membangun membela masa depan anak Belia Malaysia.

Kami mengharap Kerajaan Malaysia tidak memandang sebelah mata terhadap anak-anak belia Malaysia yang berkemahiran dalam dunia cyber ini . Tidak ada guna belajar teori dalam dunia siber jika tiada kemahiran , tetapi anak muda Malaysia ini masih belum belajar teori dalam dunia siber tetapi sudah mempunyai kemahiran yang meluas dalam dunia siber . Ini kehebatan Anak Belia Malaysia !! .

– EC –