Dragon Force (Malaysia)

Group Tempur DragonForce & Rilekscrew

Dragonforce Tidak Campur Tangan

Assalamualaikum kepada semua penyokong Dragonforce Malaysia. Untuk makluman anda semua , Dragonforce Malaysia tidak campur tangan dalam misi untuk melumpuhkan page CyberSecurity Malaysia . Ini adalah satu tindakan yang kurang bijak untuk rakyat Malaysia sendiri melumpuhkan / menentang kerajaan Malaysia . Cara memuatnaik gambar tidak senonoh ke dalam page CSM dan membuat satu laporan kepada pihak FB adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia . Kita mempunyai peribadi yang mulia dan mempunyai agama yang suci , mengapa kita harus berbuat sedemikian ??

Jika di malaysia ini tiada mereka , jadi di mana aduan seharusnya dilakukan jika terdapat jenayah siber di Malaysia ini . CSM berperanan untuk menjaga keselamatan siber Malaysia dan mereka bertindak mengikut maklumat yang mereka perolehi dan bertindak dengan mamatuhi syarat-syarat CSM itu sendiri .

Kita tidak boleh memandang remeh kepada CSM di sebabkan kelemahan mereka , tetapi kita seharusnya menyokong CSM  dengan tujuan memberi kepercayaan kepada mereka untuk menutup kelemahan mereka . CSM kita hebat !!! Jadi sokonglah kerajaan yang sedang membangun ini untuk terus membangun membela masa depan anak Belia Malaysia.

Kami mengharap Kerajaan Malaysia tidak memandang sebelah mata terhadap anak-anak belia Malaysia yang berkemahiran dalam dunia cyber ini . Tidak ada guna belajar teori dalam dunia siber jika tiada kemahiran , tetapi anak muda Malaysia ini masih belum belajar teori dalam dunia siber tetapi sudah mempunyai kemahiran yang meluas dalam dunia siber . Ini kehebatan Anak Belia Malaysia !! .

– EC –

One response to “Dragonforce Tidak Campur Tangan

  1. crew ganu lovelly March 12, 2012 at 4:51 pm

    btoll 2…TERBAIK Dragonforce

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: